Khidmat Potong Rumput Berjadual

Menyediakan khidmat potong rumput-cuci kawasan-meracun-harga ikut luas @ pakej

Seberang perai-Bukit mertajam-Perai-Penang-Kulim-Butterworth





SMS >RUMPUT nama,lokasi,jenis servis, tarikh akhir servis perlu diselesaikan ke 0195953256 sebelum 10 pagi setiap hari

Jenis Rumput

Terdapat empat (4) jenis rumput hiasan utama di Malaysia:-
1.         Cowgrass                    Axonopus compressus (ada pendapat mengatakan Paspalum conjugatum)
Rumput yang popular di Malaysia dan mudah di jaga.  Tidak perlu banyak baja dan tidak mempunyai banyak musuh (serangga atau penyakit). 
Ia tidak cepat panjang kecuali jika terlalu banyak baja atau terlalu banyak lindungan.  Sesuai utk kawasan berpokok.  Mempunyai akar yang cetek oleh itu tidak tahan kemarau. 
Pearlgrass ialah suatu cultivar dari Cowgrass.  Mempunyai warna hijau pekat, ia tumbuh lebih rapat dari Cowgrass: lebih rapat ke tanah dan satu sama lain.  Saya sangat mengesyorkan rumput ini untuk halaman rumah.


2.         Bermudagrass             Cynadon dactylon atau beberapa hybrid dari “perkahwinan” diantara Cynodon dactylon dan Cynodon transuaalensisDalam cuaca kita Bermudagrass akan terus hijau sepanjang tahun. Harus diingat; Bermudagrass mempunyai keperluan cahaya yang tinggi.  Ia tidak sesuai berhampiran bangunan atau di bawah pokok.  Jika cuaca kurang, ia akan mempunyai daun yang kurus dan panjang. 
Ia tahan kemarau dan juga hujan yang banyak. 
Ia sesuai utk kawasan lapang yang besar seperti padang golf, bola, taman permainan yang tidak banyak perabot dan sebagainya.
Ia mempunyai banyak variety, cultivar dan hybrid utk pilihan.



3.         Seranggoongrass         Digitaria didactylaIa boleh dipotong hingga ke ketinggian 4.4mm dan adalah tumbuhan yang biasa hidup dikawasan tropika dan subtropika.  Ia tahan dilitupi air untuk jangkamasa pendek (tahan banjir) dan boleh 'mengharungi' musim kemarau dengan mengecut atau menggugurkan daun. 
Ia tahan lindungan dan amat sesuai dikeliling bangunan.  Ia lambat panjang dan kurang perlukan baja. 
Tetapi warnanya yang hijau muda menjadikannya kurang diminati sebagai rumput halaman.

4.         Zoysiagrass                 Selalunya ialah rumput Zoysia matrella atau kekadang Zoysia japanica atau Zoysia tenufolia dan beberapa hybrid dari Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia. 
Ia mempunyai warna hijau muda sama seperti Serangoon grass tetapi ia lebih kurus.  Tumbuh menegak lebih dari tumbuh mendatar oleh itu bersedialah untuk kerja memotong yang lebih banyak.  Ia juga lambat tumbuh rapat oleh itu kena banyak bersabar jika anda memilih rumput ini.  Jika kawasan sederhana besar gunakan cara sod.       
Rumput ini cantik bila di bela dengan rapi.  Tapi seperti apa-apa lagi yang cantik; kos 'maintenance' juga tinggi.  Ia perlu lebih baja dan kerana ia tumbuh menegak; ia juga perlu lebih kerap dipotong.  Ia mempunyai kandungan silika yang lebih dari rumput lain, oleh itu ia juga lebih keras.  Zoysia matrella mempunyai ketahanan lindungan yang baik walaupun tidak sebaik Cowgrass.  Cara utk membezakan matrella dan japonica ialah; tunggu sampai berbunga, bunga dari matrella akan berwarna merah.
Rumput ini juga lasak utk digunakan di padang bola/golf dan atau taman permainan.  Namun begitu, saya ragu2 ketahanan rumput ini di petak penalti. 
Selain dari itu, sekarang ni satu lagi spesis rumput yang semakin banyak digunakan ialah Paspalum vaginatum yang digunakan di beberapa padang golf berhampiran laut di Pantai Timur semenanjung kerana itu nama biasa untuk rumput ini ialah Seashore Paspalum.
 Lain-lain rumput ialah Carpetgrass yang sebenarnya ialah Axonopus affinis.  Walaupun mungkin ada nursery yang mungkin akan menunjukkan jenis rumput Zoysia.
 Zoysia velvet ialah nama biasa untuk Zoysia tenufolia, Zoysia matrella juga dikenali sebagai Manilagrass dan jika anda ingin mencari rumput Jepun, cuba nama Zoysia japonica.
 kredit to :mynormas.com